eTiQa TAKAFUL

"Kemudahan Insan Asas Urusan Kami"

Friday, December 25, 2009

eTiQa Takaful

“Tinggalkan anak dan isteri dengan kesenangan lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”
-Hadith riwayat Al-Bukhari

“Dan orang-orang yang (hampiri) mati di antara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati makan, pakaian dan tempat tinggal hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya…”
(Surah Al-Baqarah: Ayat 240)

Oleh itu, anda hendaklah membuat keputusan bijak dengan membuat perancangan kewangan awal sebagai persediaan untuk ditinggalkan kepada keluarga anda sekiranya terjadi apa-apa musibah diluar jangka…

Dengan eTiQa TAKAFUL, anda akan mendapat manfaat khairat kematian….Ia boleh mengurangkan beban keluarga anda sekiranya diri anda ditimpa kejadian yang tidak diingini…



“MANUSIA HANYA MERANCANG TETAPI ALLAH YANG MENENTUKAN “

Thursday, December 24, 2009

Azam Tahun Baru 2010

Setiap kali tibanya tahun baru semua orang sibuk memasang azam baru, tapi pernahkah kita tanya diri sendiri,tertunaikah azam kita yang dulu itu. Jika Ya, alhamdulillahlah..jika TIDAK,maka haruslah kita mencapainya dahulu sebelum ada azam baru yang lain. Kepada mereka yang berazam untuk menjadi bertambah "jutawan" bagus lah..tapi yang penting jangan setakat azam je..kenalah berusaha keras.. DOA + USHA + IKHTIAR + TAWAKAL (DUIT) = KEJAYAAN. Itulah sebenarnya resepi untuk berjaya.
Di sini juga saya mengalu alukan para pembaca blog di luar sana yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai bidang kerjaya di etiqa ini boleh berhubung dengan saya di add. e-mail: misbahz8331@yahoo.com.my atau misbahz.agent@etiqa.com.my

Kerjaya Etiqa

Disini bermulanya kerjaya aku, bermula pada tahun 1998, yang pada waktu itu etiqa masih dikenali sebagai Takaful Nasional, asalnya aku lakukan sekadar "part time"..sekadar nak cari duit lebih la katakan...maklumlah belum kawin lagi...Sekarang aku dah punya sorang "hero"..dan sorang isteri ..buat peneman hidup. Soal kewangan mestilah seteguh KLCC..kalu tidak.. Susah sikitlah nak hidup tengah2 kota besar ni...
Sekarang Etiqa dah sebati dengan hidup aku..pada 1st Jan 2008 aku mengambil keputusan untuk berkerjaya di etiqa takaful sebagai full time, tahun ni cukuplah 2tahun aku "full time", memula memanglah perit tapi sekarang aku mampulah tersenyum sedikit...hehehe Dengan nasib aku yang ala2 "labu-labi" ni...ibaratnya langit tak selalu cerah....hujan pun tak lah sampai seminggu tak berhenti2, melainkan musim tengkujuh jer.. pape pun Alhamdulillahlah.. syukur... jika kita kuat berusaha dan berdoa kepadaNya...InsyaAllah...sesungguhnya rezeki itu ada...Sekian.